Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan keselesan kepada pengguna.  Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan yang disediakan selain daripada peminjaman dan pemulangan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti :

Perpustakaan PMK menyediakan perkhidmatan SIRKULASI kepada semua warga Politeknik Melaka. Selain membuat PEMINJAMAN dan  PEMULANGAN buku, Warga PMK juga boleh membuat TEMPAHAN buku. 


PEMBAHARUAN PINJAMAN

Pembaharuan boleh dibuat jika bahan tidak ditempah atau dipinjam oleh pengguna yang lain. Pembaharuan boleh dilakukan secara dalam talian atau datang ke kaunter. Bahan hanya boleh diperbaharui sebanyak dua (2) kali sahaja.



TEMPAHAN BAHAN

Pengguna perpustakaan boleh menempah bahan yang telah dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan bahan boleh dibuat jika jumlah pinjaman belum mencapai kelayakan maksima, tiada denda dan rekod patron tidak dikenakan sekatan. Setelah bahan dipulangkan peminjam, bahan yang ditempah akan disimpan selama 7 hari sahaja. Selepas itu ia akan diberikan kepada orang yang seterusnya dalam senarai tempahan atau dikembalikan ke rak.


Untuk makluman pinjaman buku selama 1 semester hanya dibenarkan kepada pensyarah sahaja. Bagi pensyarah yang ingin membuat peminjaman buku 1 semester sila isi pautan dibawah: