ETIKA BERPAKAIAN

Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

a) Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki

i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.

ii. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).

iii. Mengenakan butang dengan sempurna.

iv. Memakai baju Melayu kebangsaan lengkap beserta sampin dan songkok.

v. Seluar 'slack' panjang.

vi. Berkasut dan berstoking

vii. Baju ‘T’ shirt berkolar dengan logo politeknik dan tanpa logo tidak bercorak dibenarkan. Adapun baju ‘T’ shirt tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.

viii. Pemakaian seluar ‘jeans’ dilarang

ix. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.

x. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan aras depan tidak melebihi kening.

xi. Rambut tidak diwarnakan.

xii. Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan

xiii. Pakaian, rambut, tali pinggang, kasut dan peralatan yang

boleh menimbulkan kegusaran (cth: lucah, ganas, unsur jahat, merbahaya) adalah dilarang.

b) Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

i. Pakaian yang mencolok mata seperti yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.

ii. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.

iii. Pelajar bukan Islam dilarang memakai 'skirt' pendek dari paras lutut.

iv. Baju ‘T’ berkolar dan baju ‘T’ tidak berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik tidak dibenarkan.

v. Kain hendaklah labuh, longgar, tidak jarang.

vi. Seluar 'slack' panjang dan tidak ketat

vii. Pemakaian seluar ‘jeans’ dilarang.

viii. Kasut hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan berstoking.

ix. Selipar, terompah dan seumpamanya tidak dibenarkan.

x. Pelajar Islam digalakkan memakai tudung.

xi. Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan

xii Tidak digalakkan mencukur bulu kening dan mengenakan solekan yang berlebihan.

xiii. Pakaian, rambut, tali pinggang, kasut dan peralatan yang boleh menimbulkan kegusaran (cth: lucah, ganas, unsur jahat, merbahaya) adalah dilarang.